KESIMPULAN
Hubungan yang tegang
antara Singapura dengan kerajaan persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya
menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang
berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku
Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi diparlimen dan membentangkan rang
undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan
tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa
dihadiri tanpa oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian
politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura.
Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan
sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan Singapura,
Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Perjalanan sejarah membuktikan negara ini pernah diceroboh oleh
kuasa asing. Justeru, masyarakat melayu selaku masyarakat peribumi telah
mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan
jiwa dan raga meraka.Perjuangan ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum -kaum
lain yang kemudian bersama-sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang
merdeka. Kerja sama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil
apabila kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat
tercapai pada tahun 1997.
Seiring dengan
perjalanan masa dan perkembangan politik, rancangan menubuhkan persekutuan
Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu,Singapura, Sanbah, Sarawak dan Brunei
digagaskan dan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 september 1963 tanpa
Brunei.Namun, Singapura pula telah keluar daripada persekutuan malaysia selepas
2 tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan.Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah
memberikan banyak faedah kepada Tanah melaayu, Sabah, Sarawak , sama ada dari
segi politik mahupun sosioekonomi.
No comments:
Post a Comment