Terdapat tentangan yang perlu
dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina memprotes
pembentukan Malaysia dan Indonesia pula cuba menghalang pembentukan Malaysia.
FILIPINA
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik
negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina
terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk
menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan
Malaysia.
INDONESIA
Presiden Sukarno mengumumkan dasar
konfrantasinya pada
20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu
membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana
penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih
perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia
sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat
Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan
konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan
oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian
damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan Ogos 1966.
No comments:
Post a Comment