PEMISAHAN SINGAPURA
Semenjak
Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan
Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi
semakin rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak
mungkin untuk Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang
boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul
Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai
jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi
kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik
politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysia pada Ogos
1965.
http://pembentukanmalaysia97.blogspot.com/2015/10/pemisahan-singapura-semenjak-singapura_10.html
No comments:
Post a Comment