PENGAJARAN
Malaysia telah melalui
pelbagai liku, halangan dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang
berdaulat pada hari ini.
Rakyat perlu bersatu
menentang kuasa asing yang menduduki negara termasuklah pengkhianat
negara.
Suara rakyat melalui
pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala
tuju negara.
Peristiwa penubuhan
Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar
tidak mementingkan diri dalam segala hal, sebaliknya kepentingan semua pihak
perlu diambil kira. Dalam peristiwa ini, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu
tidak mementingkan diri , sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran
negara dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.
No comments:
Post a Comment